Salam isnin ,
I have come back from kem IBU (Insan Berkeperibadian Unggul) wiwitt .
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi . Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda , sama ada anda membelinya atau hanya mendapat harumannya . Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar , atau mendapat bau busuk.”
Mama abah ini surat untuk mama dan abah , tapi kakak tak berani nak bagi . Kakak maluu tehee :D Kakak tak kesah mama abah tak dapat datang bersama kakak semalam . Sebab kakak dah doakan mama abah dari jauh . Kakak dah menangis untuk mama abah terlalu banyak sebab kakak baru sedar betape banyaknye dosa kakak buat mama dan abah selama ni . Kakak sendiri dah alami macam mane rase kehilangan bile orang kat situ tibe-2 usung masuk jenazah dan bayangkan yag jenazah ini ibu bapa kita / diri sendiri . Betape banyak nye air mata yang mengalir tande kesedaran kakak . Ini untuk mama abah :
Istimewa buat ayahanda dan bonda yang disayangi ,
Tak mungkin ku lupa iras wajahmu , tak mungkin ku jumpa iras serupamu . Betapa sukarnya menyusun kata meluahkan rasa sayang . Jika selama ini ada yang mengguris hati mama dan abah , jika selama ini banyak cacat cela , jika selama ini terlalu banyak diri ini mengalirkan air mata mama dan abah , hari ini diri ini ingin memohon kemaafan tanda menyesali atas perbuatan diri ini dan memohon restu mu . Terima kasih atas jasa pengorbanan , penat lelah mu selama ini . Sayang mama abah , assalamualaikum :)
*sorry , kadang kadang I jadi minah jiwang siket wahaha .
Mama abah kakak harap mama abah dapat bace nukilan kat atas ni , hihi*
I dapat rase pengalaman mati hidup semula . Adventure sangat ! Takut . Diri I malam tu penuh dengan keinsafan hingga tak terkata . Disuruh bayangkan sambil mata ditutup dgn kain hitam balik rumah , dan lihat insan tersayang menangis , badan kita yag terbujur kaku , dimandikan di kafankan di masukkan kedalam keranda di tanam ! Habisnya tujuh langkah mama I pulang , tibe-2 terbau nya busuk yang amat , bunyi pintu terbuka , dan malaikat maut datang ! Menyoal siapa tuhan kamu , dan menyebat ! Tiba-2 disuruh mencari laungan azan dalam mata yang tertutup kain hitam , bila I bukak je pehh ade kubur kat tengah dewan *susana gelap* MAMA TAKUTT . Me nangis lagi kuat ! Tengok , dalam ape jua situasi , nama “emak” jugak yang kau sebut :))
Allah tidak mengubah apa yang ada pada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri .
p/s : sorry kalau me terlampau membebel banyak , me just nak kongsi ape yang me rase kepada yalls yang tak pernah dan tak akan dapat rase pengalam yang seronok macam ni :P Kem ni memang luar biasa pengalaman dia ! Rugi siapa yang tak take part , serius babe .